Tuesday, May 28, 2013

Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh 2013.


Alhamdulillah, pada hari ini, Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh kali ke-40 
telah melabuhkan tirai dengan jayanya. 
HKSBP pada kali ini telah berlangsung selama 5 hari,
dari 24 Mei sehingga 28 Mei 2013,
dengan Sekolah Menengah Sains Selangor bertindak selaku tuan rumah.

Sekolah Menengah Sains Rembau telah menghantar wakil untuk bertanding dalam dua acara bagi merebut Piala Perdana Menteri iaitu pasukan bahas Bahasa Malaysia dan pasukan bahas Bahasa Inggeris. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan yang telah beraksi cemerlang di arena bahas peringkat PPM, meskipun misi memburu piala terbantut dek tidak dapat melayakkan diri ke peringkat pusingan kedua.


Keputusan penuh pasukan bahas Semesra adalah seperti berikut:

Pasukan bahas Bahasa Malaysia
Semesra lwn Semesti (kalah)
Semesra lwn SMAP Bentong (menang)
Semesra lwn Sahut (menang)

Pasukan bahas Bahasa Inggeris
Semesra vs SMSS (kalah)
Semesra vs SMAP Bentong (menang)
Semesra vs Semerdu (menang)

Keputusan penuh HKSBP kali ke-40:

Bahas Bahasa Malaysia
ASIS vs SMAPK
(Akan bertemu di peringkat akhir di PICC)

Bahas Bahasa Inggeris 
ASIS vs SSP
(Akan bertemu di peringkat akhir di PICC)

Bola Keranjang

Kategori lelaki:
SDAR vs SainsKu (SDAR menang)

Kategori perempuan:
SainsKu vs SEMSAS (SEMSAS menang)

Pasukan Bahas Bahasa Inggeris Semesra ketika menentang SMSS

Meskipun tertewas di peringkat awal, namun, para pembahas kita perlu dipuji kerana berjaya menunjukkan prestasi yang meningkat seterusnya memberi saingan sengit kepada pasukan lain. Diharapkan prestasi pasukan bahas sekolah terus melonjak pada masa akan datang berbekalkan pengalaman yang dikumpul di HKSBP pada tahun ini. Akhir kata, semoga senior-senior bekas pelajar Semesra dapat meluangkan masa untuk turun padang membimbing adik-adik yang masih bertatih dalam arena perbahasan agar mampu terus beraksi cemerlang, setanding pasukan-pasukan bahas sekolah lain. Sekian, terima kasih.

0 comments:

Post a Comment